Wednesday, 30 January 2013

Pesan dari Mujahidah :')



Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh .. 

Hari ini merupakan hari terakhir kawan saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad . Ya Ukhti Nur Hanisah Binti Mohd Azam . Dia seorang kawan yang sangat baik . seorang Muslimah yang sangat terbilang . saya kagum dengan dia . 

Malam semalam keluarga dia buat keputusan yang sangat mengejut apabila mereka membenarkan hanisah untuk pindah ke Smap Bentong . saya agak terkejut kerana saya pun tidak merelakan dia ke sana . dia mempunyai masalah kesihatan . tapi sudah rezeki dia dah keputusan mereka . saya akur walaupun saya terpaksa melepaskan seorang rakan yang snagat mulia hatinya :(

Kami semua tahu yang dia nak pindah pada hari esok . ini bermakna hari inilah adalah hari terakhir dia di sekolah ini . begitu kejap masa berlalu . walaupun kami baru rapat tahun lepas , tapi sudah seperti bertahun-tahun lamnya . kenangan kami banyak . Subhanallah .

Pagi tadi , kami bercakap berduaan , dia memeluk diri saya . saya tertanya-tanya . rupa-rupanya dia nak bagitahu saya amanat ini :(
 '' awak ! hurm , awak jaga solat tahu , belajar rajin-rajin . banggakan kedua-dua ibu bapa awak . awak ! awak selalulah SOLAT DHUHA . saya tahu lepas ini awak akan solat bersendirian kerana sebelum ni kita solat sama-sama .. takpe . saya selalu ada kalau awak ingat saya . jangan pedulikan apa orang kata . yang penting niat awak baik . awak ! solatlah Dhuha walaupun selepas ni bersendirian kerana SEORANG membuat kebaikan , ramai akan ikut nanti . percayalah :) Awak , awak teruskan dengan perubahan awak yang bertudung labuh ini . Alhamdulillah , teruskan , teruskan tau ? :') KEMBANGKAN SYIAR ISLAM DI AHMAD INI :) SAYA PERCAYAKAN AWAK :) ''

Ya Allah , tersentak hati saya bila dia cakap macam itu :( tapi takpe . lepas ini saya akan cuba tunaikan amanat awak tu :) SEMOGA KITA SELAMANYA KAWAN :) 

bye ASSALAMUALAIKUM . SELAMAT MALAM . 

No comments:

Post a Comment