Wednesday, 30 January 2013

Pesan dari Mujahidah :')



Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh .. 

Hari ini merupakan hari terakhir kawan saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad . Ya Ukhti Nur Hanisah Binti Mohd Azam . Dia seorang kawan yang sangat baik . seorang Muslimah yang sangat terbilang . saya kagum dengan dia . 

Malam semalam keluarga dia buat keputusan yang sangat mengejut apabila mereka membenarkan hanisah untuk pindah ke Smap Bentong . saya agak terkejut kerana saya pun tidak merelakan dia ke sana . dia mempunyai masalah kesihatan . tapi sudah rezeki dia dah keputusan mereka . saya akur walaupun saya terpaksa melepaskan seorang rakan yang snagat mulia hatinya :(

Kami semua tahu yang dia nak pindah pada hari esok . ini bermakna hari inilah adalah hari terakhir dia di sekolah ini . begitu kejap masa berlalu . walaupun kami baru rapat tahun lepas , tapi sudah seperti bertahun-tahun lamnya . kenangan kami banyak . Subhanallah .

Pagi tadi , kami bercakap berduaan , dia memeluk diri saya . saya tertanya-tanya . rupa-rupanya dia nak bagitahu saya amanat ini :(
 '' awak ! hurm , awak jaga solat tahu , belajar rajin-rajin . banggakan kedua-dua ibu bapa awak . awak ! awak selalulah SOLAT DHUHA . saya tahu lepas ini awak akan solat bersendirian kerana sebelum ni kita solat sama-sama .. takpe . saya selalu ada kalau awak ingat saya . jangan pedulikan apa orang kata . yang penting niat awak baik . awak ! solatlah Dhuha walaupun selepas ni bersendirian kerana SEORANG membuat kebaikan , ramai akan ikut nanti . percayalah :) Awak , awak teruskan dengan perubahan awak yang bertudung labuh ini . Alhamdulillah , teruskan , teruskan tau ? :') KEMBANGKAN SYIAR ISLAM DI AHMAD INI :) SAYA PERCAYAKAN AWAK :) ''

Ya Allah , tersentak hati saya bila dia cakap macam itu :( tapi takpe . lepas ini saya akan cuba tunaikan amanat awak tu :) SEMOGA KITA SELAMANYA KAWAN :) 

bye ASSALAMUALAIKUM . SELAMAT MALAM . 

Sunday, 27 January 2013

Kenangan Terindah :')

          

Inilah kenangan kita :') harap yang pindah tu takkan lupa kami disini :') kelas sunyi tanpa korang . BELAJAR RAJIN RAJIN . BUAT HAJAR , BELAJAR BERDIKARI . HAHA KENA BASUH BAJU SENDIRI , SEMUA BUAT SENDIRI . TAK BOLEH JADI ANAK MAK DAH :D HAHA . JANGAN MARAH . SEMOGA KORANG BAHAGIA DEKAT SANA , KITORANG PUN BAHAGIA DEKAT SINI :') KAMI SEMUA SAYANG KORANG . 4 FARABIANS ALWAYS IN MY HEART <3

Saturday, 26 January 2013

Untukmu Sahabat :')

“UNTUK SEORANG SAHABAT”
Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.
Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.
Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.
Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan….
Kalau satu hari awak menangis…beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagi tahu saya,, saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, Bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi….. saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu saya pula perlukan “hadiah” PERSAHABATAN dari awak…
Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak….awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.


Friday, 25 January 2013

Our Memories Dear :'3


Nama dia Siti Aisyah Amirah Binti Zainal Bakri . Orangnya berbadan chubby . haha berat dirahsiakan . ketinggian 161 cm . takde lah tinggi mana pun . seorang yang periang , kekadang menyakitkan hati . dan dia suka buli saya . takpe-takpe . saya kan budak baik selalu kena buli . tak kisah .

Dia dah dapat tawaran ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong . untunglah kan ? time first time saya dengar dia dapat tawaran sekolah tu . hati ni terasa sebak gila-gila . sebab dah confirm dia akan pergi tinggalkan saya . then saya agak lemah semangat , terus senyap .. tanpa berkata sepatah pun ..

Sebenarnya saya dengan dia banyak sangat kenangan . Aisyah kau ingat tak ? tak pertama kali masuk kelas 2 albiruni ? kau duduk sebelah aku kan ? aku tak kenal kau , kau pun tak kenal aku . then kau dulu yang tegur aku . aku agak pendiam . tapi yang aku pelik , macam mana kita boleh jadi kawan rapat ? haha perkara tu masih dalam fikiran aku . belum dapat jawapan dia lagi . aku rindukan setiap saat dengau kau . kita buat macam-macam bersama . hehe nak sweet kejap .
   
Kau yang rekomen aku tentang komik , aku tak pernah suka baca komik . then kau rekomen . best jugak . lepas tu aku terus jadi gila komik . haha . sampaikan satu hari tu . kau nak pulangkan Cd Bleach abang aku . and komik kau aku pinjam . tanpa disangka , cikgu buat spotcek petang tu . dah kecut gila perut . fuhh . ciikgu pergi korek beg aku . amik komik and cd tu . tunjuk depan bebudak ni semua . aku malu gila . tapi aku buat muka POYO . haha . sweet gitu . INGAT tak time kita tidur rumah atiqah . kita tidur bertiga . kau kata kau tak dapat tidur sebab terbayangkan Hantu . aku ketawa lah sebab tak sangka gangster macam kau penakut jugak kan ? haha . okay tu semua kenangan . haha tetap dalam ingatan aku ::) selamanya .

Sekarang aku dah tiada sesiapa dalam kelas tu . rasa sunyi sangat . kau tak datang sekolah 2 hari sebab kena uruskan perpindahan tu . tapi aku rasa dah 2 tahun . aku lalui haritu sorang-sorang . aku takde kawan . sepanjang masa belajar , aku senyap je . aku tak bagi orang lain duduk tempat kau . biar aku yang duduk . sebab aku taknak orang lain duduk sebelah aku selain kau . sweet kan aku ? sob sob :'/ aku jaga tempat kau . kadang2 aku terfikir macam mana aku nak lalui hari dekat sekolah tanpa kau eh ? hurmm sebab time aku kena kutuk masa mula-mula pakai tudung labuh , kau yang bagi semangat dekat aku supaya bersabar . aku ingat lagi . kau kata biar je dorangg tu . jealous dengan kau . time tu airmata aku nak keluar tpi sempat lagi kau ketawa . terus tak jadi menangis . kau banyak bagi semangat dekat aku . terima kasih kawan .

aku setiap hari cuba untuk berfikir dan bayang hari Isnin nanti kau dah takde . siapa yang nak duduk sebelah aku ? aku takkan bagi orang lain duduk . aku rela duduk sorang-sorang . aku dah biasa duduk dengan kau . kita gurau senda selalu . lepas ni aku nak gurau senda dengan siapa ? kau dah takde . ada satu hari tu Mai tanya '' Una kenapa kau senyap sangat ? '' aku tak jawab apa-apa . aku diiam je . ramai tanya kenapa aku jadi pendiam sekarang . aku senyap je

Nanti bila ada orangg tanya kenapa aku jadi pendiam , aku akan cakap '' ECAH TAKDE ;'/ '' tu je ayat aku . aku gembira bila kau ada . aku tak boleh halang kau masuk sekolah baru tu . pergi lah . masa depan kau . karang aku halang , orang cakap aku  ni macam-macam . so keputusan dekat tangan kau . akhirnya kau putuskan nak pindah . bapak segala sebaknya aku rasa . sabar husna comel sabar :D haha . aku redha kawan .





tapi kan , satu je aku nak kau ingat . JANGAN LUPA AKU . kita kawan selamnya . kawan sampai JANNAH .  nanti bila kau cuti contact lah aku . kita keluar sama-sama . aku nak kau tahu . aku hargai segala yang kau buat dekat aku selama ni . tunjuk ajar kau . halalkan semua makan minum aku tahu ? aku pun dah halalkan kau punya . kita kira 0-0 ye ? hehe . nanti dah dapat KAWAN BARU . jangan lupa aku ? aku jenis yang tak pernah lupa kawan . TAK PERNAH LUPA . ingat tu . aku ingat semua kenangan kita . BELAJAR RAJIN-RAJIN TAHU . JANGAN LUPA SELALU SOLAT DHUHA . dulu kita selalu solat Dhuha sama-sama :) rindu ! kawan 1 terima kasih sebab sudi jadi kawan aku :) ILOVEYOUSOMUCHHH ! :'*

Thursday, 24 January 2013

Sahabat , saya Rindu awak . :')

Assalamualaikum , selamat malam . harini tepat pukul 10:05 malam , saya update blog pasal seorang kawan saya ini :) maaf , nama dia tidak dapat disebut :) hehe .

                                                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Awak , awak ingat tak time pertama kali awak masuk sekolah ini , saya orang first beriya nak berkenalan dengan awak . saya excited gila masa tu bila ada budak baru masuk sekolah ini . so saya tak sabar-sabar tunggu habis waktu persekolahan , nak jumpa awak , nak berkenalan dengan awak . saya nak ajak awak duduk sebelah saya , tapi dah ada orang , so awak duduk sebelah A . takpe . saya biarkan . then lepas tu kita dah mula berkenalan , mula rapat-rapat . Sumpah saya cakap ! saya bahagia berkawan dengan awak . kita dah mula jadi BFFE .  hehe . best kan ? awak , saya dan AH . kita kalau ke mana-mana macam belangkas , tak pernah berpisah .

Awak , awak ingat tak time kita kena buat persembahan depan kelas ? saya dah lupa persembahan apa . tapi kita tiga orang buat persembahan . saya(NH) awak(NH) , dia(AH) .. memang kelakar gila time tu . kita duduk depan tu macam orang gila , tergelak-gelak . haha . ape lah . tu memang saat indah buat saya :') Saya rindukannya ...

Awak , kan kita balik sekolah pukul 6:30 petang , lepas tu sempat lagi kita lepak kedai pakcik apa entah , saya dah lupa . kita lepak dekat situ sampai pukul 7 lebih . haha kita lupa yang kita ada rumah sendiri . duduk kedai tu macam tiada rumah . nak tahu kita buat apa kat kedai tu ? kita tengok cerita Cinta Kirana . hahaha . kita selalu bergaduh pasal Randy Pangalila . bergaduh dia pakwe siapa . setiap hari pulak tu . kita naik basikal sama-sama ke sekolah dan balik sekolah . nak macam tu lagi boleh ???

Awak , ingat tak time saya pergi beraya rumah awak ? ingat tak ?! kuih raya awak sedap walaupun beli dekat kedai . saya makan sampai nak habis satu bekas tu . saya kesah apa ? asalkan saya kenyang . errrr ! Alhamdulillah . yang paling saya tak dapat lupakan , awak bagi saya duit raya 50 sen je ! haha . saya ketawa je lah . awak kata awak takde duit . padahal saya tahu awak kedekut . sebelum balik , ayah awak tanya '' bagi kawan duit raya berapa ringgit ? '' awak cakap '' haha , entah 50 sen kod '' ayah awak ketawa gila-gila . saya pun apa lagi . nak pecah perut duduk situ . then ayah awak amik purse dia then bagi kitorang rm5 . HAHA . takpe , daripada 50sen bertukar kepada 5 ringgit .

Awak , banyak kan kenangan kita ? banyak sangat walaupun hanya 1 tahun kita jadi BFFE . 1 tahun je awak :( sekarang awak marahkan saya . saya tak tahu kenapa :'( awak marah gila gila dengan saya , sampaikan nak pandang muka saya pun tak sanggup . hina sangat ke saya ni ? sumpah saya cakap , saya tak tahu apa salah saya sampai awak marah sangat dengan saya .

Awak , setiap tahun saya MINTA MAAF dengan awak , saya tak pernah putus asa minta maaf dengan awak , kalau terpaksa sujud dekat kaki awak pun saya sanggup . please kawan . saya minta maaf . awak , dah banyak kali saya minta maaf , banyak sangat , saya tak kisah . tapi tolong cakap '' SAYA MAAFKAN AWAK '' saya nak dengar perkataan tu . saya sanggup minta maaf dengan awak tiap hari . sanggup ! pleaseee :'/

Awak , saya harap awak baca blog saya . saya selalu pandang awak dan berharap awak akan pandang saya balik . tapi itu mustahil . awak dah ada kawan baru . lagi baik dari saya :') saya kan jahat . takpe lah . saya rasa sampai sini je lah saya update pasal awak , dah tak sanggup nak tulis panjang-panjang sebab kenangan kita banyak sangat :') banyak sangat awak . airmata ni dah macam air hujan , tak henti-henti turun . tapi awak , saya nak awak tahu satu je . saya '' RINDUKAN AWAK SAHABAT '' . :') bye Assalamualaikum .

Friday, 18 January 2013

                                                              
                                                                          
 -   Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.



Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]